Tuesday, December 31, 2013

Second Novel

Sesuci Cinta
Second novel yang aku rasa super best setelah berbelas tahun baca novel adalah Sesuci Cinta- Karya Aina Emir. Terbitan Alaf 21. Novel ni dah lama sangat, susah nak cari sekarang. Yang koleksi aku pun dah hilang. So, sekarang dalam misi nak mencari semula novel tu, beli dan simpan. Kalau sesiapa yang ada, please inform..

Ok, berbalik kepada novel yang aku nak review kali ni...Ini sinopsisnya seperti yang ada di belakang novel tu : 

"Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.
Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.
Namun manusia... sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.
Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.
Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah..?"


Bagi aku, cerita ni memang betul-betul novel. Tapi macam biasa, Aina Emir memang pandai nak bawa pembaca dia ke dalam novel tu. Walaupun cerita ni macam sangat hyperbola, agak tak logik tapi memang menarik. Kita akan rasa macam berada di awangan bila baca. Part paling menarik adalah bila Nuraina bertemu Armand di Istana Al Hambra, Andalusia, Sepanyol. Part tu memang macam fairytale sangat-sangat. Watak Armand memang digambarkan sebagai seorang lelaki yang amat berkarisma. Nuraina adalah seorang wanita yang lemah lembut tapi tegas pendirian. Selebihnya, kena la baca sendiri...Novel ni boleh bagi lima bintang!

Okay, sekarang novel ni dah diulang cetak oleh Karyanada...Boleh la beli..Got to go, bye!






Saturday, December 28, 2013

Hati Ini Bukan Milik Kita

Hati ini walaupun kecil dan berada di dalam badan kita, kita tetap tak mampu mengawalnya. Ia bukan milik kita sebaliknya milik Allah

Berpada-padalah dalam berjanji, kita tak pernah tau apa yang akan berlaku nanti. Segalanya rahsia Allah. Jangan sesekali takbur meluahkan rasa hati kerana Allah boleh membalikkan hati hamba yang dikehendaki-Nya semudah kita membalikkan tapak tangan. Mungkin sekarang kita sayang kepada seseorang, tiba-tiba Allah mengkehendaki kita membencinya esok. Maka, berhati-hatilah.
Sentiasalah kembali kepada Allah. Doa agar ditetapkan hati kita sentiasa di jalan-Nya. Sentiasa memohon petunjuk-Nya dalam apa jua keputusan. Tidak semestinya apa yang kita mahu atau suka adalah yang terbaik, mungkin Allah lebih tahu kepahitan itu lebih baik dari kita terus lalai.

Janganlah terlalu angkuh dengan rasa hati. Barangkali apa yang kita benci sekarang akan berubah menjadi yang paling kita sayang nanti. Sentiasalah bersederhana. Jagalah hati sendiri dan orang lain.

Tuesday, December 24, 2013

Istidraj

Sekadar berkongsi ilmu atau pengetahuan bukan bermakna nak berlagak alim atau pun serba tau tapi lebih kepada mengingatkan diri sendiri supaya tidak terlalai jauh. Terbaca seorang rakan berkongsi tentang ini dan terfikir kadang-kadang ada terlintas di hati mempersoalkan kenapa aku diuji...

Apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Istidraj adalah perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.

Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ".

Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat 44 - 45 surah Al-An'am yang bermaksud:
"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" -45-

Masih ada juga orang ragu-ragu,  kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja.  Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga,kalau masuk neraka, ramai-ramai..Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka sedangkan Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantikNabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj adalah manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah, tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad). Anai-anai jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap anai-anai pun menjadi kelkatu.
Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga. Sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.
Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,


“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Saturday, December 21, 2013

Power of 'PLEASE' or 'TOLONG'

Masyarakat Melayu ni selalu dikenali sebagai bangsa yang terkenal dengan budi bahasa. Tapi kadang-kadang kita sendiri terlupa nak berbudi bahasa terhadap orang lain. Yang peliknya, bila orang lain yang tak 'pandai berbahasa' tahu pulak kita nak marah kan.

Nak cerita pasal budaya minta tolong sebenarnya. Sebenarnya, perkataan 'TOLONG' ataupun 'PLEASE' tu walaupun ringkas dan mudah tapi besar ertinya. Ia mampu melembutkan hati orang yang kita nak suruh buat sesuatu bagi pihak kita. Walaupun apa yang disuruh tu memang kerja orang tersebut tapi takde salah pun kalau kita "mintak tolong" kan... Kata bangsa yang berbudi bahasa!

Lagi teruk kalau sebebnarnya kita memang nak mintak tolong tapi bagi arahan sebenarnya. Contohnya, "Eh, kau try settle benda ni." Padahal itu memang kerja kita sebenarnya. Yang ni memang ciri-ciri manusia yang minta kaki ni... Sepatutnya cakapla camni sekurang-kurangnya "Eh, boleh tolong settle benda ni tak?" Kan ke lebih sopan. Orang yang nak tolong pn rasa ikhlas je kan.
How to say PLEASE in various languages
Ada lagi satu situasi yang selalu berlaku. Pada awalnya kita minta tolong orang tu buatkan sesuatu yang asalnya tugas kita. Tiba-tiba sesuatu berlaku dan tugasan itu bermasalah, adakah patut kita menyalahkan orang yang menolong kita tu? Walhal, nama pun TOLONG kan memang jelas tugasan itu sepatutnya kita yang buat, kenapa suruh orang lain? Dahla minta tolong pastu marah-marah pulak. Memang dunia ni tak adil kan.

Sebagai penutup selepas dah minta tolong seseorang buatkan sesuatu please and please say 'THANK YOU'!!! Jangan nak buat bodoh je lepas orang dah tolong tu. Bukan susah sangat pun kan nak cakap dua patah perkataan tu. Kalau nak lagi pendek just say 'THANKS', maklumlah sekarang kan zaman semua benda nak ringkas.

HOw to say THANK YOU in various langauges

Sunday, December 15, 2013

Nikmat Allah Tiada Tara

Rumput di halaman rumah jiran lebih hijau sebab kamu lebih sibuk memerhatikannya daripada merawat rumput di halamanmu sendiri

Manusia selalu memandang orang lain lebih senang darinya tanpa memikirkan kesusahan yang dilalui untuk mendapatkan apa yang orang itu ada sekarang.
Lumrah manusia tak pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada. Sebegitu banyak nikmat yang Allah lambakkan kepada kita,kadang-kadang kita masih lupa nak bersyukur. Malah, meminta-minta apa yang kita mahu sedangkan Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bila waktunya.
Sedarlah, saat kita merungut makanan kita tak sedap,ada saudara seagama yang langsung tak dapat makan sedangkan kita berpijak di bumi yang sama dan menjunjung langit yang sama. Kadangkala nikmat yang kita perolehi membuat kita semakin tamak. Betapa susahnya jika Allah menguji kita dengan kesenangan. Mudahnya kita terlalai dari mengingati-Nya. Anehnya,bila dalam kesusahan secara tiba-tiba kita mendekatkan diri dan memohon pertolongan dari-Nya.. Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang. Subhanallah,besarnya Zat Allah.
Sedarlah,kita selalu tak menghargai apa yang Allah pinjamkan kepada kita sehinggalah Dia mengambilnya semula. Sombongnya kita bernafas dengan udara kurniaan Allah sampai kadangkala lupa bila Dia menarik nikmat itu,kita tidak lagi bernyawa
Sama-sama kita renungkan..Ini juga ingatan kepada diriku sendiri. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah dan tidak lupa bersyukur... Alhamdulillah

Saturday, December 14, 2013

Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Tiba-tiba rindukan zaman kanak-kanak yang best. Tak perlu fikir mana nak cari duit, tak perlu fikir masalah orang dewasa, cuma fikir enjoy jek. Setiap hari mesti ada aktiviti yang best. Masa aku kecik-kecik (zaman 90-an) mana ada iPad, gadget-gadget game ni semua. Tapi, kanak-kanak masa tu tetap happy in their own way. Yang penting hidup kitorang masa tu lebih mencabar dari hidup kanak-kanak sekarang.

Cuma, masa aku kecik hidup aku boring sikit sebab aku sorang-sorang. Adik aku lahir masa aku darjah tiga, jadi teman bermain aku adalah anak-anak jiran aku la. Mujurlah anak-anak jiran aku best! Kitorang main congkak kat bawah rumah. Gali tanah, buat lubang congkak pastu cari batu untuk buah congkak tu. Main sampai tak ingat dunia. Kat kampung aku semua aktiviti permainan ada musim. Kalau musim main congkak, setiap rumah mesti ada lubang congkak. Kalau musim main tuju guli, semua orang akan kesana kemari bawa balang guli masing-masing. Kalau musim main gasing, tak kira lelaki ke perempuan selamba main gasing. Paling best, time main pondok-pondok la. Kitorang masak nasi and lauk betul-betul pastu makan sesama. 

Ini lah design rumah masa kecik-kecik dulu yang ada lubang congkak tu...
Bila dah masuk sekolah menengah aku dah duduk asrama. So, masa tu koya bagus la sebab dah tak duduk kampung, balik sekali sekala je kan. Macam bagus sangat jek. Bila sekolah asrama, ramai kawan and dah rasa diri tu besar sangat. So, aktiviti pun dah mula berubah. Mula la nak buat aktiviti yang mencari nama, biar pun selalu kena blacklist dek cikgu-cikgu. Setakat nama ada tulis kat papan kenyataan bilik guru tu dah terlalu mainstream bagi geng aku. Standard la, sekolah mesti ada geng. Nama geng aku dulu S.P.A.N.A (Seri Pekan Anti Nana Army) which is tertubuh sebab kitorang anti kat sorang minah nih. Ada sepuluh orang semuanya. Jenis hati kering belaka. Aktiviti paling bersejarah tentang kenakalan kitorang bila kitorang ada siri Mission Impossible (misi ni adalah misi menceroboh aspura kalau korang nak tau). Semua orang pernah rasa pergi misi ni, ada yang kantoi and ada yang terselamat. Anggota first batch adalah aku, Tommy and Payied. Sampai sekarang memori tu masih segar di ingatan. Lepas misi yang pertama, Payied join batch lain pula dan yang tu diorang kantoi. Haha...

Lepas SPM, masuk UiTM. Kat kampus hidup aku tiba-tiba berubah. Dah takde geng, kalau masa sekolah menengah dulu glamour habis tapi kat kampus aku low profile. Ada la sorang dua member rapat tapi kadang-kadang aku lone ranger. Paling lawak time nk final exam, orang lain pulun study tapi aku dengan Shak mesti pulun kira carry mark and berapa lagi kitorang perlu cari masa final nanti. And we called it "Study Smart!"

Sejak dulu aku memang ingat apa yang Tommy ajar aku- Peraturan direka oleh manusia adalah untuk dilanggar oleh manusia. Kalau kau follow je, hidup kau akan boring dan kau akan dianggap bodoh sebab ikut telunjuk orang. Biar nakal tapi jangan jahat. Jangan susahkan hidup orang lain.

Sekarang, dunia kerjaya aku langsung tak seperti yang aku bayangkan. Tapi still ada perkara-perkara yang membahagiakan walaupun tak semua. Masih lagi berpegang pada apa yang Tommy ajar aku berbelas tahun lepas tapi sekarang dah tak banyak aktiviti macam dulu. Paling kelakar sebab sampai sekarang aku taknak kerja kat luar dari Pahang. Sampai ada yang tanya, "Kau akan muntah darah ke kalau kerja kat tempat lain?" Tapi- Do I care????

Bye!

Monday, December 9, 2013

Firsly First

Mula-mula nak review novel yg bg aku paling best di abad ini.. Tajuknya, Adam dan Hawa
First,nak cakap psl nama watak dlm novel ni Adam Mukhriz, a pilot- mestilah handsome,tinggi tapi playboy
Ain Hawani- gadis kampung,baru lepas SPM, datang cari kerja kat bandar
Ceritanya bermula bila Ain bekerja di tasla milik kakak Am. Am yang memang playboy,asyik kacau Ain padahal masa tu dia tengah rapat dgn Dee (perempuan yg gedik xhengat punya). Ain memang bolayan je tiap kali Am cuba nak tackle dia. Tapi,nak dijadikan cerita diorang terpaksa kahwin disebabkan 1 peristiwa yg tak disangka dan mengaibkan. Lepas nikah, Ain dapat sambung belajar kat Aussie. Akibatnya, Ain dan Am tak pernah jumpa lepas tu
Klimaks cerita bila Adam dam Ain ditemukan Allah secara tak sengaja di pintu Masjidil Haram (part ni memang sweet sangat). Am rasa itu jawapan kepada doanya selama ni tapi bagi Ain itu satu mimpi ngeri yang dia nak lupakan. Maka mulalah episod Adam mengejar Hawanya. Banyak konflik yang jadi, timbul watak-watak lain yang jadi pengacau dan penghalang. Tapi,ending cam biasala..they live happily ever after
Aisya Sofea memang tak pernah mengecewakan. Cara dia tulis manuskrip tu memang betol-betol best. Sebab cerita ni hebat,ia telah diterbitkan dalam bentuk drama. Dahla hero dia Aaron Aziz. Aaron is Adam,memang sweet sangat.. I'm melting tiap kali tengok!
Thats all for d beginning.. Nanti kita fikir dulu,next review nak cerita psl novel mana pulak..
Ni aku belanja novel ni yang old version. Edisi khas drama yg ada gambar Aaron pun aku ada tau,siap belum bukak plastik lagi.
Oklah,have a nice day everyone!

Sunday, December 8, 2013

Now I know

Baru harini rasa ada idea nk tulis blog psl apa. Dari merepek tak tentu pasal,baik tulis tentang something yang bermanfaat sikit.

Since i want to do what i love, aku nak buat review pasal novel-novel yang dah dibaca. Harapnya,dapat la memberi jalan utk sape2 yg berminat nak baca novel n dapat share minat dgn orang lain kn?

Pape pn,esok kita start review novel pertama okayyy... Stay tune!

Saturday, December 7, 2013

Kembali

Setelah sekian lama,i'm back! Tau nk tulis apa sebenarnya,bimbang hasilnya mengguris sesiapa or takde manfaat. Tiba-tiba,harini rasa nk tulis rasa hati ni walaupun aku bukan pandai nk menulis.

Nak cakap pasal perangai manusia yg aku pelik. Kenapa manusia ni selalu nak buat apa yg dia tak mampu. Kenapa mesti terlalu nak menjaga hati orang lain tapi kita memang tau yg kita akan lukakan hati yg sama nanti? For me,lebih baik berterus terang sebab bila pn kita beritau seseorang ttg sesuatu yg menyakitkan,dia tetap akan sakit. Jadi, kenapa perlu tunggu 'saat terbaik utk bagitau'? Takde saat terbaik tentang berita buruk.

Berterus terang lah walaupun kenyataan itu pahit. Itu lebih baik drpd berpura-pura yang semuanya ok tp at d end orang tu tau yg kita ni penipu.

Lagi satu,jangan buat kat org lain apa yg kita tak suka org buat kt kite. What goes around will simply comes around. Hidup ni mcm roda,kita tak selamanya di atas. Bila ada kat atas,jgn lupa sesekali pandanglah ke bumi. Takut nanti kalau asyik memandang langit, kita akan lupa yang jatuh ke bumi tu sakit

100 question (cilok kat page org len)- lets give it a try

WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: ~ teh tarik kedai bawah
2. Last phone call: ~ HABIB
3. Last text message: ~ group WhatsApp (Rodong)
4. Last song you listened to: ~ Sandiwara Cinta- sangat kena dengan situasi kot!
5. Last time you cried: ~ baru je (bila baca kisah Ahmad Ammar)

HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice: ~ yes!
7. Been cheated on: ~ banyak kali
8. Kissed someone & regretted it: ~ never..smua dgn rela hati lg2 klu dpt kiss BECKHAM
9. Lost someone special: ~ no
10. Been depressed: ~ byk kali
11. Been drunk and threw up: ~ never
LIST THREE FAVORITE COLORS:
12. ~ black
13. ~ grey
14. ~ yg 'old school'

THIS YEAR HAVE YOU: (2013)
15. Made a new friend: ~ yes,of course
16. Fallen out of love: ~ haha...maybe
17. Laughed until you cried: ~ sbb kena nganjing
18. Met someone who changed you: ~ yes, hope it will last forever
19. Found out who your true friends were: ~ a big YES
20. Found out someone was talking about you: ~ mestila...
21. Kissed anyone on your friend's list: ~ yes,lagi2 sesi Drama Air Mata
22. How many people on your friends list do you know in real life: ~ i don't accept strangers
23. How many kids do you want?: ~ rezeki Allah
24. Do you have any pets: ~ no
25. Do you want to change your name?: ~ Mrs David Robert Joseph Beckham, maybe?
26. What did you do for your last birthday: ~ soalan boring
27. What time did you wake up today: ~ 6.15 a.m
28. What were you doing at midnight: ~ waiting
29. Name something you CANNOT wait for: ~ resign dr jd QS and doing sumthing i love
30. Last time you saw your Mother: ~ last week
31. What is one thing you wish you could change about your life: ~ doing sumthing i really love as a job
32. What are you listening to right now : ~ bunyi kipas n kenderaan kt luar sana
33. Have you ever talked to a person named Tom: ~ yes, his nickname..
34. What's getting on your nerves right now: ~ tunggu orang berterus terang
35. Most visited webpage: ~ FB,Twitter (sebok nk tau update pasal banjir)
36. Whats your real name: ~ Norsyuhada binti Asmuni
37. Nicknames: ~ syud~~teringin nk dgr people called me Mrs David Beckham
38. Relationship Status: ~ single & available
40. Male or female?: ~ female...
41. Primary school: ~ Sek. Keb. Selancar 02
42. Secondary school: ~ Sek. Men. Keb. Seri Pekan
43. High school/college/university: ~ UiTM
44. Hair color: ~ black
45. Long or short: ~ sedang2 saja
46. Height: benci soalan nih!
47. Do you have a crush on someone? : ~ crush dgn Beckham tu kategori apa?when i was twelve
48: What do you like about yourself?: ~ suka membaca
49. Piercings: ~ no
51. Righty or lefty: ~ leftly

HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger: ~ of course not
77. Drank hard liquor: ~ NEVER
78. Lost glasses/contacts: ~ no, tp selalu tertinggal
79. Sex on first date: ~ crazy
80. Broken someone's heart: ~ yes
82. Been arrested: ~ no
83. Turned someone down: ~ hope so
84. Cried when someone died: ~ of course yes
85. Fallen for a friend?: ~ maybe

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself: ~ tak yakin diri
87. Miracles: ~ harap sangat
88. Love at first sight: ~YES, dgn Beckham
89. Heaven: ~ big YES
90. Santa Claus: ~ karut
91. Kiss on the first date: ~ Achtung!
92. Angels: ~ yes

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: ~ penat!
95. Did you sing today?: ~ yes....Sandiwara Cinta
96. Ever cheated on somebody?: ~ byk kali, sbb nk cover d previous 1
100. Posting this as 100 truths?: ~ 98%

Hati-hati Apa Yang Anda Doa

>>>terjumpa article nih kt blog sum1 yg tidak dikenali, tp rsnye xsalah klu share ngn org laen kn...
Oleh: Abu Naqibah
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2.
Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.
Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.
Yela… Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam
keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la…) “Saya harap ini
tak pernah terjadi”. Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia
mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih
dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.
Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari
kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi
Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar
Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal &
memerhatikan segalanya, bekata “Some people just don’t know what to wish for”
(Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai.
Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah
orang tak tahu apa yang patut mereka minta.
Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan
kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya
terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku
dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2
itulah yang terbaik untuk kita.
Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan
miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita
kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit.
Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau
sekurang2nya ‘just nice’. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang
mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk
mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang
kesayangan kita juga selamat.Kan ?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik?
Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat
manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu
Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada
sesetengah dari kita yang bernasib malangmanakala sesetengah yang lain bernasib
baik sepanjang hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita
minta. Adaorang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat
jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.
Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap
kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah
Allah menolak permintaannya? Tidak!
Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan
keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk.
Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan
lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2
hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.
Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,
Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah
semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur
tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak
jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan
rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah…
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang
terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat
kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is always
greener on the other side’. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang
lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan
melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan
itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih
baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini.
Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar,
kan ?
Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir
mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping.
Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm… Cukup?
Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah
ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya
fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup?
Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah
tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la
RM1500 sebulan. Ya Allah… tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta
Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar
kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika
kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 – 3 kali ganda, saya
tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya
katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah.
Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit
sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri.
Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah
perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa
yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali
ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki
pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia
seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar
makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu
umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan
mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki
itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran
rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan,
tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya
pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain.
Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah
makin lanjut.
Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah
kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai
kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi… Masuk telinga kiri keluar
telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak
sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main
dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah
ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat
rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat
saja sekarang ni… Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia
nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya.
Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-.
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,
saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak
mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian
terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita
cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali
pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita
bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu
kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan
yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa
selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw
berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk
bersifat sombong.
Wallahu’alam.-..
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai
dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah
kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur.
Amin… Ya Rabbal ‘Alamin…
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP….ALHAMDULIL-LAH ……”

Hati Sebesar Kolam

 "Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.