Monday, November 13, 2017

A Friends Who Turns to Strangers

Pernah tak jumpa seseorang yang telah mengubah hidup korang 360 degree? And walaupun dia dah tak bersama korang, still apa yg dia pernah cakap or nasihat korang ingat sampai sekarang. Kiranya dia macam betul2 influence hidup korang (whether good or bad).

Back to 4 years ago, I've met one person. Actually, masa mula-mula jumpa aku tak sangka dia akan buat aku ingat apa yang dia buat and apa yang dia cakap sampai sekarang. Permulaan perkenalan kitorang takdela indah macam dalam drama tv petang-petang tu. Cuma aku kenal dia sebab kerja. Masa tu kami tak rapat pun cuma sbb banyak kerja yang kami kena buat bersama, kami jadi rapat. Walau rapat tapi tak pernah sembang tentang peribadi masing-masing.

Sampai satu hari, dia tanya aku, "You ada boyfriend?" dan aku jawab dengan pantas NO. And the questions go on and on. Macam-macam dia tanya aku, kenapa takde boyfriend, pernah bercinta ke tak la and etc. Aku pun masa tu konon-konon dah perasan la... "Mamat ni syok kat aku ke?" Tapi sangkaan aku meleset. Dia takde niat camtu pun. He is more like brother to me. Sejak itu, aku makin rapat dengan dia. Kami share everything pasal kerja mahupun peribadi. Apa yang tak kena pasal dia aku adalah orang first yang akan perasan, begitu gak dengan dia.

Yang kurang best, orang sekeliling mula salah faham hubungan kami. Tapi, kitorang tak layan semua tu. Bagi aku, yang penting aku dan dia tahu batasan masing-masing. Persahabatan kami bertahan lama walaupun orang lain selalu syak macam-macam and kami dah bertukar tempat kerja. Yang kelakar, walaupun kami dah tak bekerja di tempat yang sama, still ada orang yang call aku semata-mata nak tanya camne hubungan aku dengan mamat tu. Part ni aku pun tak tahu aku atau dia yang hot sampai orang nak tau sangat pasal kami.

Perkara paling berjasa yang dia pernah buat kat aku adalah tolong aku melepaskan diri dari seorang lelaki gila hasil kesilapan masa lalu aku. Si gila tu tunggu aku kat opis sampai maghrib dan aku tak dapat keluar dari opis. Mula-mula aku taknak bagitau sesiapa masalah aku tapi memang pelik la kan kalau spesis tepat pukul 5.00 petang selalu dah balik tapi masa tu dah pukul 7.00 lebih pun tercongok lagi kat opis. Mamat ni la yang tolong aku tapi kena ada balasan tau. Kena teman dia dinner (which is dia yang belanja) pakej dengan aku kena cerita semua pasal si gila tu kat dia. To be surprise, nasihat and teknik dia boleh pakai gak la..

Selepas peristiwa tu, kami lagi bertambah rapat... Almost 3 years kami rapat without meet each other sbb dia kerja jauh. Dalam masa 3 tahun tu ada beberapa kali yang perasaan kami macam nak terbabas. Tapi for me dia agak pengecut, tak berani nak voice out his feeling. Dia suka bagi bayangan yang samar-samar, so aku malas nak buat faham. Dalam masa yang sama, aku ada juga berkawan dengan orang lain yang mana lebih berani nak bertindak. Kami tak declare couple or what cuma, one fine day dia cakap dia nak datang jumpa parents aku. So, I think he's the one.

Walaupun begitu, aku still berkawan dengan si A. Dalam masa yang sama aku try hint tanya apa kesudahan kami. Jawapan dia, we are jussst friend, a very good friend. But, I know he lied to me. Aku ambil keputusan untuk tak cerita kewujudan teman baru aku kat dia. Sampai aku ditakdir berjodoh dengan teman baru tu (sekarang dah jadi suami aku), aku tetap tak bagitau dia. After almost six months kami kahwin, mamat tu tiba2 massage aku tanya kenapa tak bagitau nak kahwin. Jawapan aku, sebab aku tak tau nak cakap macamana. His answer sangat pedih tapi aku ingat sampai bila-bila, "Lain kali jangan cari salah orang lain kalau sebenarnya kita ada hal lain." Nampak macam aku yang salah padahal bagi aku dia tak pernah nak cakap pun dia suka aku, takkan aku nak tunggu dia kan??

Since that day, dia terus menyepikan diri. Dah takde khabar dari dia. Cuma kenangan and nasihat-nasihat dia je yang aku ingat. Aku akan tetap ingat dia sebagai seorang kawan yang paling baik yang pernah aku ada sebab dia banyak sangat tunjuk kat aku the other side of the world yang selama ini aku terlalu takut nak explore. For him, thank you sebab dah ajar I macam-macam pasal hidup. Really appreciate it.

No comments:

Post a Comment