takde guna berdendam kan..dendam tu yg akn menghantui kite n kite xkn dpt lupakan apa yg sepatutnya dilupakan..xpela, memaafkn tu yg penting, yg lelain tu biarlah Allah yg uruskan..insyaAllah, Dia akn beri apa yg sepatutnya...jgn buat kerja Tuhan! juz doa byk2 jek n cuba sedaya upaya..
Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen.
- Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment